Wednesday, 16 April 2014

Tips hilangkan rasa panas cili di kulit

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah a few days Arfah dok teringin nak makan sambal belacan dengan ulam timun dan ikan kembung goreng. Benda simple je kan? Tapi itu lah...itu yang dok teringin dan actually dah lama gilaaaaa tak buat. Maka setelah pergi beli barang-barang untuk masak tu semalam..pagi ni mulalah aktiviti menggoreng dan menumbuk.

Ikan tu Arfah goreng dengan garam dan kunyit ajer. Nak buat sambal belacan tu pula cuma tumbukkan cili merah besar, cili padi (kalau tak nak pedas tak perlu letak), belacan dan garam kasar. Simple sangat sangat..tapi sekarang baru teringat kenapa dulu-dulu Arfah tak suka nak menumbuk sambal. Ya Allah....panasnyerrrrr bila terkena percikan cili tu kat kulit!!

Kulit Arfah memang sangat sensitif. Silap sikit jer akan jadi merah-merah, melupas dan pedih atau gatal-gatal. Tadi pula, masa menumbuk sambal tu pipi terasa gatal-gatal. Tanpa fikir panjang terus gosok guna jari. Arghhhhh...big mistake!! Rupanya jari Arfah tu penuh dengan percikan cili sebab menumbuk tadi tu. Maka serta-merta kulit rasa macam terbakar.

Sambil panick sebab rasa muka terbakar..tetiba teringat adik Arfah pernah cakap ada satu benda yang sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas terkena cili iaitu SUSU. Maka terus buka peti ais sebab teringat ada susu segar dalam kotak yang guna untuk bancuh dengan Cinch Shake Shaklee.

Tuang susu tu dalam mangkuk besar then guna tangan untuk sapu susu tu ke seluruh muka. Arfah ambil susu tu and splash ke seluruh muka macam masa kita cuci muka tu. Splash dalam 4-5 kali then rasa lega sangat. Alhamdulillah. Masih ada sedikit rasa pedih tapi dah tak teruk dan bearable lah. Splash splash lagi susu ke muka lagi sampai rasa panas tu hilang sepenuhnya. Lepas splash-splash muka tu Arfah tak basuh pun susu tu...biarkan aja sampai susu kering di muka.

Kenapa susu tu berjaya hilangkan rasa panas cili tu? Jom kita tengok sains disebalik cerita ini. Sebenarnya benda dalam cili yang buatkan rasa panas dan terbakar itu ialah sejenis molekul lemak yang dipanggil capsaicin. Susu pula mengandungi casein iaitu sejenis bahan yang lipofilik atau menarik lemak. Apabila kita "menyapu" susu ke tempat yang terkena cili tadi, casein dalam susu itu akan menarik/mencuci capsaicin yang ada di kulit kita sepertimana air akan mencuci sabun.

Lepas ni kalau ada yang memotong cili atau menumbuk sambal dan terkena percikan cili tu, cepat-cepatlah capai susu and cuci kawasan yang terkena cili tu dengan susu tu tadi. Tetapi Arfah tak sure pula apa jenis-jenis susu yang bagus samada susu segar, susu full cream atau susu low fat. Kali ini Arfah guna susu yang Fresh Milk tu. So kalau ada yang rajin, boleh lah buat experiment and share dengan semua. Hehe.

Semoga entry kali ini boleh membantu anda, Insya Allah. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar  


1 comment: